Dalam tutorial yang lalu, perbincangan mengenai ‘untuk menjadikan sastera Melayu universal, tuliskan ia dalam bahasa Inggeris’ sangat menarik perhatian saya.
Secara jujur, saya tidak berapa setuju dengan pendapat yang diberikan. Sastera Melayu adalah sastera Melayu kerana nilai-nilai kemelayuannya, gambaran akan kehidupan masyarakat Melayu, serta bahasa Melayunya, yang mempunyai nilai-nilai estetik tersendiri. Jika ia ditulis dalam bahasa Inggeris, bukankah ia sastera Inggeris, yang menceritakan tentang kisah-kisah masyarakat Melayu?
Ramai yang berpendapat bahawa, sastera Melayu harus diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, agar pembaca asing mempunyai kemudahan mendapatkan atau access kepada karya-karya sastera Melayu. Mungkin ini adalah alternatif yang lebih baik, jika dibandingkan dengan menulis sastera Melayu dalam bahasa Inggeris. Usaha untuk menterjemahkan karya sastera Melayu ke dalam bahasa-bahasa yang lain sudah dijalankan oleh pihak Lembaga Perpustakaan Nasional (NLB). Misalnya, cerpen ‘Ini Cengkerang Kita’ oleh Noor Hasnah Adam, yang diterbitkan dalam buku ‘Merenung ke Dalam, Memandang ke Luar’, telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris (dalam buku ‘Looking In, Looking Out’), Cina dan Tamil untuk projek BACALAH! Singapura 2006 anjuran NLB.

Saya sangat bersenang hati dengan usaha tersebut, menterjemahkan karya sastera Melayu ke dalam bahasa-bahasa yang lain, agar cerpennya dapat dibaca oleh khalayak yang lebih ramai. Tetapi apabila saya membaca terjemahan karya ‘Ini Cengkerang Kita’ dalam bahasa Inggeris (setelah membaca karya asalnya), saya rasa ada yang ‘kurang’ dalam terjemahan karya tersebut, jika dibandingkan dengan karya asalnya. Walaupun isi dan tema yang sama dapat dikenal pasti dalam kedua-dua versi karya, tetapi stail bahasanya sudah sedikit berubah. Seperti contoh, apabila ayat 'Biar bercerai nyawa dari badan, kami rela Tok...' (m/s 25) diterjemahkan ke bahasa Inggeris, ia berbunyi 'We would rather die, Tok...' (m/s 23), tidak mencerminkan penggunaan gaya bahasa personifikasi oleh penulis. Kini, bandingkan pula sepotong ayat dari cerpen 'Samseng' yang diterjemahkan 1. dari bahasa Tamil ke bahasa Inggeris dan, 2. dari bahasa Tamil ke bahasa Melayu:
1. "Hey! Itu hari lu cakap banyak lawah, ya? Hari ini apa lu boleh bikin?" (dari 'Looking In, Looking Out', m/s 50)
2. "Hei! Hari itu engkau cakap besar? Sekarang apa kau boleh buat?" (dari 'Merenung ke Dalam, Memandang ke Luar', m/s 56)
Walaupun laras bahasa pertuturannya dikekalkan dalam karya terjemahan bahasa Inggeris, apabila ia diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, bahasanya dibakukan. Pastinya karya tersebut akan kehilangan essencenya apabila melalui beberapa proses penterjemahan.
Saya juga ada membaca tiga cerpen terjemahan daripada bahasa Inggeris (‘Pertengahan Musim Luruh’ oleh Tan Hwee Hwee), bahasa Cina (‘Pusara Abadi’ oleh Gao Jian Kang) dan bahasa Tamil (‘Samseng’ oleh Puthumaithasan). Apa yang dapat saya perolehi dari bacaan ini ialah stail bahasanya adalah sama (mungkin kerana ia diterjemahkan oleh penterjemah yang sama.) Tidakkah ini menunjukkan bahawa terjemahan dari karya asal akan mengurangkan nilai estetik bahasa dan menghilangkan stail bahasa seseorang penulis karya?
Karya-karya ini (baik karya asal mahupun karya terjemahannya) boleh digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu di dalam kelas. Ini adalah untuk menggalakkan para pelajar, terutama mereka yang datang dari keluarga yang bertutur dalam bahasa Inggeris, untuk membaca karya-karya sastera Melayu. Saya boleh mengadakan aktiviti kelas seperti , menyuruh pelajar membuat perbandingan antara karya sastera Melayu dengan terjemahannya dalam bahasa Inggeris. Saya berpendapat bahawa aktiviti ini dapat membantu pelajar-pelajar, yang fasih berbahasa Inggeris tetapi kurang mahir dalam bahasa Melayu, memperkaya kosa kata bahasa Melayu mereka.

0 comments:
Post a Comment